Tenaga Pakar Kami



MOHD ARIF BIN MOHD NOOR

Dilahirkan pada 15 Oktober 1957 di Rembau, Negeri Sembilan. Mendapat pendidikan awal di Rembau English Secondary School. Kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma di MARA Technology Institute, Shah Alam(Sekarang UITM). Beliau mempunyai kelulusan Bachelor In Management With Honours(Majoring In Human Resources)


Pernah bertugas dengan FELDA  dengan memegang portfolio penting iaitu sebagai Pengurus Felda, Pengurus Pembangunan Komuniti dan juga Pengurus Latihan FELDA.


Terlibat sebagai kepimpinan tertinggi beberapa NGO di peringkat Nasional,Negeri dan Tempatan

Berpengalaman luas sebagai pengendali, penceramah dan fasilitator bagi kursus-kursus anjuran FELDA,Jabatan Belia Dan Sukan,Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional,Jabatan Pelajaran,Agensi Anti dadah Kebangsaan(AADK),LLPPKN,PEMADAM dan lain-lain.
Mempunyai kepakaran dalam bidang Kepimpinan , Komunikasi dan Pengurusan Program serta berkebolehan membina modul bagi program yang diperlukan oleh penganjur.
         ZUHAIRI MOHD NOPIAH
 
Mempunyai lebih 10 tahun pengalaman profesional dalam bidang latihan. Kepakaran beliau ialah dalam bidang: -Spiritual Motivation (IQ) -Emotional Management (EQ) -Tauhidik Team Building (SQ) -Law of Universal Attraction (LUA)
Biography


- Merupakan ‘NLP Practitioner’ yang diiktiraf oleh National Federation of NeuroLinguistic Psychology (NFNLP, U.S.A.)

- Certified PSMB Trainer (Kementerian Sumber Manusia)

- Certified Profesional Learning Facilitator- Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

- Penulis buku "Law of uiniversal ATTRACT!ON" bersama Tuan Amin Idris.

• Berkelulusan BSc. in Bus. Administration, Drexel University, USA.
• Mempunyai Sijil Pengajian Syariah, Usuluddin dan Al-Quran daripada Universiti Malaya (UM).
 • Pernah menjawat jawatan Ketua Eksekutif Kolej Sri Al-Ain, Kajang
• Bertugas sebagai pensyarah di Pusat Matrikulasi Kolej Negeri pada dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) di ibupejabat Kolej Negeri, Seremban pada tahun 1999-2001.
• Ketua Jabatan Pembangunan Profesional & Korporat di Pusat Pembangunan Latihan & Teknologi Maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (2001-2011).

o Berpengalaman melaksanakan pelbagai program-program pembangunan modal insan seperti program motivasi, pemantapan personaliti, team building, bengkel pengurusan strategik, kemahiran belajar, pengurusan tauhidik dan kursus-kursus kemahiran berkaitan.


• Perpengalaman mengendalikan program pembangunan modal insan untuk Pengarah dan ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri Sembilan.


• Berpengalaman mengendalikan pelbagai aspek latihan dan motivasi yang melibatkan pelbagai institusi seperti masjid, sekolah, jabatan kerajaan, syarikat korporat, penjara, pusat pemulihan dadah dan universiti di dalam negara mahupun luar negara seperti di Amerika Syarikat dan Mesir
.
    ERWAN AMAN

Erwan Aman adalah berkelulusan Diploma Bahasa Arab dan Pendidikan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian), Bimbingan dan Kaunseling daripada Universiti Putra  Malaysia (UPM).

Semasa di UniSZA beliau menganggotai Pasukan Simpanan Tentera Darat selama 3 tahun (1995 – 1997). Mendapat Anugerah Rekrut Keseluruhan Terbaik semasa Latihan rekrut pasukan tersebut. 

Beliau pernah memegang jawatan sebagai kaunselor sepenuh masa di sekolah menengah selama 3 tahun 6 bulan  dan terlibat secara langsung di dalam latihan pembangunan staf di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Selama tempuh perkhidmatan itu juga beliau, menjadi jurulatih utama bagi program pembangunan staf Jabatan Pelajaran Negeri Pahang pada tahun 2004. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Majlis Guru Kaunseling Daerah Bera, Pahang dan turut terlibat aktif sebagai motivator pelajar dan program keibubapaan kepada penjaga. 

Bermula 1 Disember 2004 beliau bertukar profesion dan bertugas sebagai Pegawai Tadbir di FELDA. Bersama FELDA beliau terlibat secara langsung dengan masyarakat FELDA. Selama 2 tahun 10 bulan di Pejabat Wilayah Jengka, Pahang, beliau bergiat aktif dengan pasukan motivasi wilayah bagi melaksanakan program motivasi pelajar dan program keibubapaan untuk ibu bapa. Beliau juga dilantik oleh pihak ibu pejabat FELDA sebagai tenaga penceramah untuk pembangunan staf di peringkat nasional. Selain itu, dilantik juga sebagai fasilitator untuk Program Generasi Kedua FELDA. 

Pada 1 Oktober 2007 beliau di tukarkan ke ibu pejabat FELDA di Unit Latihan, KPI & KRA sehingga sekarang. Selama tempuh itu beliau ditugaskan untuk melatih petugas FELDA seluruh negara. Beliau juga terlibat dengan penggubalan modul untuk Program Generasi Kedua FELDA dan modul pembangunan staf FELDA. Sehingga kini beliau adalah Pegawai Latihan yang bertangungjawab menjalankan latihan kepada petugas FELDA seluruh negara. Bidang kepakaran beliau ialah Komunikasi, Motivasi dan Pembinaan Kumpulan.

Mendapat tauliah sebagai ’Certified Trainer’ di bawah Perbadanan Sumber Manusia Berhad, Kementerian Sumber Manusia. Malaysia.




 
    AHMAD NIZAM HASSAN


Berkhidmat selama 28 tahun di FELDA. Merupakan seorang fasilitator yang bertauliah serta pernah bertugas sebagai penyiar di Radio Malaysia Negeri Sembilan. 

Pernah mengendalikan program Khidmat Sosial Negara(PKSN),Program Jati Diri Kusukarelaan Nasional(PJKN) dan penceramah di beberapa agensi kerajaan dan swasta.

Mempunyai kepakaran sebagai pembimbing untuk kursus Pengacaraan Majlis,Kepimpinan,Pengurusan Organisasi, Pembinaan Kumpulan(Team serta Kem Remaja/Belia

Beliau hidup berdisiplin dan mempunyai tahap ketahanan tinggi untuk berjaya sebagai individu  mahu pun di dalam sesebuah organisasi.

No comments:

Post a Comment