Tentang KAIZEN



KAIZEN Event and Training Management (KEATM) merupakan sebuah syarikat yang diasaskan oleh Sdr. Mohd Arif Mohd Noor yang merupakan seorang penceramah, jurulatih, pembentang serta fasilitator yang mempunyai 15 tahun pengalaman di bidang ini.

KEATM mengendalikan serta menawarkan perkhidmatan yang berkonsepkan juru runding dan menyediakan program latihan yang berkualiti serta efektif bagi meningkatkan produktif sesebuah perniagaan.
Di samping itu KEATM juga ada menawarkan Pengurusan Program.Pengurusan Pentas dan Pameran terutamanya bagi syarikat atau organisasi yang ingin melancarkan produk atau perkhidmatan yang terkini.


LOGO  KEATM


Kaizen adalah konsep yang diketengahkan oleh orang Jepun yang bermaksud: perubahan kearah kebaikan sikit demi sedikitKaizen… cuma satu perkataan, di mana tiada perkataan bahasa Malaysia ataupun Inggeris yang serupa dengannya.

Enam garis Merah berkeluk menunjukan Enam langkah yang diambil untuk penambahbaikan KEATM secara berterusan iaitu:

1.Merancang.
2.Melaksana.
3.Memantau.
4.Mengawas.
5.Menambahbaik.
6.Mensyukuri (Bersyukur)

Garis-garis Merah berkeluk dari kesamaran kepada warna yang cerah bermakna,bermula dari tidak tahu menjadi tahu,dari tidak jelas menjadi jelas,dari keraguan menjadi keyakinan dan dari inspirasi menjadi realiti.

Warna Merah garisan  membawa erti berani dan bersedia mengambil risiko,manakala latar belakang berwarna putih bermakna segalanya dilakukan secara tulus dan ikhlas.


Cogankata menjadi pegangan KEATM:  


"Setitik Jadikan Lautan,Segumpal Jadikan Gunung"

No comments:

Post a Comment